InTrend

June 2016

Kemunculan Norjuma Habib dan Vivy Yusof iaitu ‘empire builder’ dengan label hijab tersendiri mencetuskan inspirasi, sekali gus menghangatkan sampul depan InTrend Jun ini!. Syawal ini, InTrend sajikan lima tatarias serba manis sesuai digayakan kaum Hawa tanpa mengira usia – menjanjikan raut wajah paling molek tatkala bertemu sanak-saudara nanti. Lebaran adalah masa untuk InTrenders ‘pasang badan’! Justeru, pinjam satu look paling sajak buat kamu yang InTrend kongsikan dalam edisi kali ini hasil karya anak tempatan. Magis sepasang kurung raya yang menyuntik seri dan momen indah Aidilfitri hasil kreativiti Jovian Mandagie, Nurita Harith, Adila Long dan Rico Ronaldi.

RELATED TOPICS

Wanita K-Fashion Fashion and Beauty

other issues